Berita Terkini :

Latest Post

Cuti Sekolah 2014

Written By Unknown on Thursday 7 November 2013 | 04:50


Cuti Umum 2014


Jadual Gaji Minimum-Maksimum DG29 hingga DG38 Tahun 2013 (Dibundarkan)

                  Jadual Gaji Minimum-Maksimum DG29 hingga DG38 Tahun 2013 (Dibundarkan)



Jadual Gaji Minimum-Maksimum DG29 hingga DG38 Tahun 2013 



Jadual Gaji Minimum-Maksimum DG41 hingga DG54 Tahun 2013 (Dibundarkan)


Jadual Gaji Minimum-Maksimum DG41 hingga DG54 Tahun 2013 (Dibundarkan)



Jadual Gaji Minimum-Maksimum DG41 hingga DG54 Tahun 2013

BISP akan diberhentikan mulai 1 Januari 2014

Notis Pemberhentian Pembayaran BISP Mulai 01 Januari 2014 Kepada Semua PPP / Guru

Sila rujuk surat arahan berikut:

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam 2013

Written By Unknown on Sunday 3 November 2013 | 04:04

Bajet 2014: Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.
Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. - BERNAMA

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji & Kenaikan Gred November 2013

Written By Unknown on Saturday 2 November 2013 | 03:31

Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menerima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. 
Antaranya :
1.    Pembantu Kawalan Trafik Udara
2.    Pemandu Lokomotif Sabah
3.    Pereka
4.    Pegawai Kebudayaan
5.    Ahli Fotografi
6.    Jurusolek
7.    Pegawai Galian
8.    Pegawai Kimia Bumi
9.    Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
10.  Penolong Pegawai Galian
11.  Penolong Pegawai Kimia Bumi
12.  Pembantu Galian
13.  Pembantu Kaji Bumi
14.  Pegawai Makmal Filem
15.  Penolong Pegawai Makmal Filem
16.  Pembantu Makmal Filem
17.  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
18.  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
19.  Pensyarah Perubatan
20.  Pensyarah Pergigian
21.  Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
22.  Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
23.  Pegawai Latihan Vokasional
24.  Pengajar Kraf
25.  Pembantu Pertanian
26.  Pembantu Veterinar
27.  Renjer Hutan
28.  Pengajar Membalak
29.  Pengawas Hutan
30.  Pembantu Hidupan Liar
31.  Pembantu Hidupan Liar Rendah
32.  Tukang K1
33.  Tukang K2
34.  Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
35.  Operator Loji
36.  Pekerja Awam Khas
37.  Pekerja Awam
38.  Penyelamat
39.  Pelukis Pelan
40.  Juruteknik Landskap
41.  Juruteknik
42.  Juruteknik Ukur
43.  Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
44.  Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
45.  Penguasa Bekalan Air
46.  MerinyuTali Air
47.  Pegawai Perhubungan Preman
48.  Penyelia Jeti
49.  Penghantar Notis
50.  Pembantu Kamera
51.  Pemandu
52.  Pemandu Kenderaan
53.  Pembantu Am Pejabat
54.  Pengurus Stesen
55.  Penyelia Jurupakaian
56.  Peniup Kaca
57.  Pegawai Khidmat Pelanggan
58.  Pengawas Pemulihan
59.  Pegawai Penerbitan
60.  Penolong Pegawai Penerbitan
61.  Pembantu Penerbitan
62.  Operator Kamera Offset
63.  Pembuat Plat
64.  Penolong Operator Kamera
65.  Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
66.  Pembantu Penyelidik Sosial
67.  Pengurus Asrama
68.  Penolong Pengurus Asrama
69.  Penyelia Asrama
70.  Penolong Pegawai Tadbir Tanah
71.  Pembantu Tadbir Tanah
72.  Pegawai Pemeriksa Paten
73.  Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
74.  Pembantu Pemuliharaan
75.  Jurulatih Kawad
76.  Pembantu Wartawan/Wartawan
77.  Atendan Kesihatan
78.  Penolong Pegawai Penaksir
79.  Pegawai Aktuari
80.  Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
81.  Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Nantikan…..
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred
1.    November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
2.    Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred 2013 : Initpatinya?
§  kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11
§  pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji
§  pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan

Penjawat Awam Terima Surat Opsyen 2013

PENJAWAT AWAM TERLIBAT 81 SKIM DITAMBAH BAIK AKAN TERIMA SURAT OPSYEN BULAN INI - KPPA

Bernama
1/11/2013

PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini Jumaat, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Sementara itu Omar berkata skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.

"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ibrahim Mohamed Yusof - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger