Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan
menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :
Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga
gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik
gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu
iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal
diberikan. Contohnya :
§ Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat
kenaikan tersebut.
§ Bermakna bagi yang DG 41 naik
RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik
RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
§ Yang mana daripada anda
(penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan
April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
§ Ok. Siapa yang naik gaji pada
bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan
julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
§ Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan
dapat 2 kenaikan gaji.
Katakan
DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji
Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :
§ Katakan gaji yang diberikan
adalah RM3000.14 (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada
bulan Januari setiap tahun)
§ Oleh itu, gaji yang diberikan
pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
§ Manakala pada bulan Julai 2013
dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib
umumkan baru-baru ini)
§ Manakala pada Januari 2014
(RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)
Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai.
Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya
adalah seperti di bawah ini :
§ Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM
3225.14
§ Julai 2013 RM 3225.14 + 225 =
RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
§ Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM
3675.14
Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang
menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai
iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira
untuk penjawat awam kali ini?
Sumber : Berita
Semasa (13.3.2013
No comments:
Post a Comment