- Baginda dilahirkan pada pada subuh
hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda
Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana
dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya
sehingga kini.
- Ketika berusia lima
tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT
untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau
pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
- Bapa baginda, Abdullah bin
Abdul Muttalib telah meninggal dunia
sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula
wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya
dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.
- Setelah datuknya meninggal
dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya,
Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.
- Muhammad SAW digelar sebagai
Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya
sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah
Al-Mukarramah.
- Nama : Muhammad bin Abdullah
bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin
Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin
Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin
Adnan. (Bani Hashim)
- Nama bapa : Abdullah bin Abdul
Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin
Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah
bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
- Nama ibu : Aminah binti Wahab
bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
- Tempat lahir : Di rumah Abu
Talib, Makkah Al-Mukarramah.
- Tarikh lahir : Subuh hari
Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun
Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota
Kaabah).
- Tarikh wafat : Hari Isnin, 12
Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
- Tempat wafat : Madinah
Al-Munawwarah.
- Usia ketika wafat : 63 tahun.
Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.

- Muhammad SAW juga dikatakan memiliki
sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu
yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya
berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
- Riwayat juga menyatakan bahawa
ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang
lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara
kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
- Selain itu, Muhammad SAW juga
dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi,
berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit
di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
Inilah serba sedikit daripada banyak kisah Rasulullah yang sering disebut-sebut manusia di seluruh dunia, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

Semoga kita ummat Nabi Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment