1.
Buah betik yang
masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir
dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan
mengelakkan sembelit.
2.
Daun betik
terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu,
air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
3.
Jika memanggang
daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
4.
Bagi merawat
masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik
tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum
mandi.
5.
Di Ghana ia juga
digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit
tekanan darah tinggi.
6.
Betik juga boleh
digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa
sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah
dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya
dan sapu di bahagian tumit yang pecah.
7.
Khasiat buah
betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan di samping
menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
8.
Daun betik pula
mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
9.
Daun betik yang
dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada
bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari
daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau
nipis boleh membantu.
10.
Daun betik tua,
dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya,
platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik.
Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
11.
Biji betik pula
boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada
kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segenggam biji betik dan tumbuk
hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi
awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
12.
Getah daripada
daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara
menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan
kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi
tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
13.
Daun betik yang
ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian
dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Ternyata daripada senarai
di atas, betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien
-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai
nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Buah betik yang ranum kaya
dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga
mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium,
natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan
pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang
mempunyai masalah sembelit.
No comments:
Post a Comment