Lobak merah merupakan sayur yang
mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan
C , alpha carotene, kalsium, dan potassium . Ia adalah baik untuk menguatkan
sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia juga meningkatkan
pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .Jus lobak merah boleh
dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita.
Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung ,
diarrhea , dan juga mengatasi selesema iaitu dengan membentuk antibodi dalam
badan. Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga
melancarkan aliran haid dan air kencing.
Di antara khasiat lain lobak ialah :
1.
Lobak
sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
2.
Memperbaiki
masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh
dalam jangka masa yang lama).
3.
Menguatkan
buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
4.
Lobak
sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukkan orang yang
kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser
(barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini
adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk
kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat,
sistem imunisasi (sistem pertahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan
perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular. Kajian juga mendapati
lobak yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan
radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang
ditemui dalam lobak juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk
melawan sel-sel kanser.
5.
Lobak
juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat
membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai
diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut
dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran
minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak
untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi
kesihatan.
No comments:
Post a Comment